Permainan Doki Doki Literature Club

Doki Doki Literature Club! ialah sebuah novel visual, dan kebanyakan perrmainan terdiri daripada membaca cerita permainan ini dan mempunyai sedikit impak terhadap arah yang dituju oleh plot cerita ini. Pada sesetengah bahagian di dalam permainan, pemain diarahkan supaya membuat pilihan yang boleh mengubah jalan ceritanya. Permainan ini juga ada sebuah ciri iaitu mekanik penulisan puisi yang adalah sebahagian daripada Literature Club. Pemain diberikan senarai yang dipenuhi oleh banyak perkataan yang berbeza untuk dipilih yang akan dibuat menjadi sebuah puisi. Setiap perempuan di dalam Literature Club ada berlainan pilihan perkataan, dan akan bertindak apabila pemain memilih perkataan yang mereka suka. Babak tambahan dapat dibuka untuk semua perempuan jika pemain menulis puisi yang ditargetkan kepada citarasa perempuan itu, dan memilih pilihan dialog yang betul. Babak yang dimana pemain telah lihat semasa bermain akan menentukan pengakhiran apa yang ceritanya akan dapat. Pada satu ketika di dalam permainan, pemain dipaksa untuk mengakses fail permainan dan padam fail yang khusus untuk maju lebih jauh.